LIMUNA

Aidiladha

by Bushro on Nov.26, 2009, under CATATAN

Hari ini 9 Zulhijjah. Umat Islam sedang berwukuf di Arafah. Saya berkesempatan meilhat secara life di TV petang tadi. Sempat juga mendengar khutbah Arafah. Teringat seerah semasa khutbah terakhir Rasullah di situ. Melihat gambar-gambar para hujjaj di Arafah, ingatanku kembali kepada nostalgia ibadat haji ku pada tahun 2004. Pada tahun itu, saya, suami, ibu dan bapa mertua mengerjakan haji dengan mengikuti rombongan Mitra Travel. Alhamdulillah, ibadat haji dapat ditunaikan dengan sempurna dengan dibantu oleh keluarga Mak cik saya yang tinggal di Mekah. Ini adalah kerana bapa mertuaku tidak dapat berjalan dengan lama. Beliau terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.
Peristiwa di Arafah mengingatkan kita bahawa kita semua adalah sama. Pada hari ini, semua manusia tidak mengira darjat, memakai pakaian yang sama. Bagi lelaki, ihram putih dengan kepala yang kosong. pada ketika ini, tiada lagi pangkat atau darjat. Yang memisahkan kita adalah takwa kepada Allah semata-mata.
Semasa mengerjakan ibadat umrah, tawaf, dan sai, kelihatan ribuan manusia sangat tekun mengerjakan ibadat masing-masing. Tiada rasa kebimbingan dan kegusaran di hati mereka. Hanya segelintir kelihatan pengawal keselamatan disana. Berbanding dengan acara-acara dunia ditempat lain, yang melihatkan ramainya pasukan pengawal keselamatan yang disediakan. Apakah implikasinya disini. Umat Islam Muslimin menyerahkan sepenuhnya pengharapan kepada Allah untuk memelihara keselamatan mereka. Mereka berserah secara total demi untuk mengabdikan diri pada Yang Maha Esa.
Setiap kali bila melihat gambar hujjah di Mekah, hati ku meronta-ronta untuk kesana lagi. InsyaAllah, tahun ini aku menanam azam untuk mengumpul duit untuk kesana lagi ……

103 Comments more...

Kini Tinggal Kami Bertiga Pula

by Bushro on Nov.20, 2009, under Uncategorized

Assalamualaikum,

Selamat berjumpa lagi. Sudah lama saya tidak menulis dlm blog ni. Sedar tak sedar, kini dah sampai penghujung tahun. Sejak post yang terakhir dulu, mungkin sebab banyak sangat outstation. Tu yang tak sempat update blog ni. Dah seminggu kami tiga beranak je dirumah. Takut ada, sunyi ada, risau pun ada. Ayah gi US sejak jumaat lepas. Malam tu, alarm bunyi dua kali. Risau juga sampai tak leh tidur. Tambahan pula setiap hari hujan. Balik je ambil adik dari sekolah, terus duk rumah je. Makan pun beli. Tak de mood nak masak.

105 Comments more...

Kini tinggal kami berempat lagi….

by Bushro on Feb.06, 2009, under CATATAN

It used to be seven of us….now only four of us again…after so long..Masih kah kau ingat….dulu-dulu kami ber tujuh. Ibu, Ayah, Abang, Kak Ngah, Amar, Aliya dan Adik. SInce 2000, seorang demi seorang anak mula meninggalkan rumah untuk melanjutkan pelajaran. Pada tahun itu, Abang di Jenan, Kak Ngah di KUSES. Namun, setiap kali cuti sekolah, semua keluarga akan berkumpul kembali. Pada tahun 2004, kesunyian dirumah mula terasa apabila abang melanjutkan pelajaran ke US. Teringat kata-kata adik setiap kali cuti, kenapa kak ngah dah sampai rumah, abang belum lagi sampai. Selalunya abang sampai dulu baru kak ngah. Ye le..abang belajar di Kedah, jumaat dah cuti. Pastu, tahun 2007, kak ngah pula pergi ke melbourne. Tinggal kami berenam. Tahun lepas, 2008, ammar pula pergi KMB. Tinggallah kami berempat. Jun 2008, abang balik dari US…Rumah kembali ceria dengan pertambahan sorang. November pula kak ngah balik cuti. selama beberapa bulan rumah penuh. Semua 6 bilik full. Tapi..segalanya sunyi kembali apabila abang gi kerja di Shell Miri minggu lepas (1 Feb) disusuli pula dengan kak ngah balik melbourne tadi pagi (6 Feb). Ayah pula gi Penang hingga Isnis. Malam ni tinggal kami bertiga saja…. Bilakah kita akan berkumpul lagi …kita bertujuh…

2 Comments more...

Gulatis

by Bushro on Jan.31, 2009, under CATATAN

Hello, assalamualaikum,

Hari ni, pagi-pagi lagi dah gi KLIA hantar hubby ke Langkawi. Pastu, dengan anas, aliya dan arif ke Gulatis. Buat ape yer??? Nak cari color tema untuk Anas ’s wedding. Lama juga kat sana …TIga jam baru dapat decide color ….silver or light grey…ok tak kengkawan… mula berkenan hijau epal…tapi dah dibooked dek pihak perempuan…Kata sales girl tu sesuai dengan color skin Anas????

263 Comments more...

Nasyid Zikra

by Bushro on Jan.30, 2009, under CATATAN

Nasyid zikra merupakan persembahan nasyid yang dipersembahan dalam konsert penkomperi tahun lepas. Nasyid tersebut telah di postkan dalam YouTube untuk tuntunan umat seluruh dunia.

60 Comments more...

Jurnal Penyelidikan dan Penyelidikan 2009

by Bushro on Jan.30, 2009, under PENYELIDIKAN

Jabatan R&D dalam proses menerbitkan Jurnal Penyelidikan Pendidikan bagi tahun 2008.

Pensyarah yang berminat bolehlah menghantar artikel terus kepada saya sebelum 15 haribulan Februari.

Juga pensyarah-pensyarah yang berminat untuk membuat penyelidikan bagi tahun 2009 bolehlah menghantar proposal pendek kepada saya di unit R&D.

Terima Kasih.

67 Comments more...

Kenapa Limuna Blog Berita Gembira

by Bushro on Jan.30, 2009, under CATATAN

Tak tahukah anda kenapa saya menamakan blog in limuna? Limuna adalah nama timangan semasa saya kecil. Saya selalu dipanggil bushrolimuna oleh makcik-makcik saya. Berita gembira pula adalah makna nama saya Bushro. Iaitu berita gembira. Any komen Ustaz Ustazah……tentang kenapa apabila dipanggil bushro terus disambung limuna…..

2 Comments more...

Masalah Pembelajaran

by Bushro on Jan.30, 2009, under CATATAN

Sedar-sedar tiga bulan sudah berlalu since my last post. Masa KDC tu rasanya sibuk prepare lecture notes sampai tak sempat nak update blog ni….Pastu baru dapat cuti by 20th Dis. …Sebok pula persiapan anak nak sekolah…Pejam celik pejam celik…muncul 2009. Lebih mencabar rupanya…Jadi naqibah lagi….satu KPLI ambilan Julai 2008. Satu lagi KPLI J-QAF ambilan Januari 2009. ….not bad kan….Sem ni I kena ajar falsafah pendidikan dan Masalah Pembelajaran….Rasanya subjek Masalah Pembelajaran paling mencabar….dengan tak banyak rujukan..dll but..very interesting…learning new topic..learning how to help people ……especially my KPLI students yang nampaknya sangat berminat….Anyway, semoga Allah memberi saya kekuatan untuk memartabatkan profesion keguruan..

65 Comments more...

PGSR 2008

by Bushro on Nov.24, 2008, under CATATAN

hari ini merupakan kali pertama saya masuk ke kelas PGSR.

Debaran pertama berjumpa dengan guru-guru yang dah 20 tahun mengajar.

Lebih lama dari saya sendiri….

Pelajaran dimulakan dengan sesi knowing you knowing me…..

Mengingatkan mereka supaya memahami keperluan menambahkan ilmu sepanjang masa.

Anyway, rasa puas hati sebab….rasanya my objektif tercapai….

Leave a Comment : more...

Nota Kuliah

by Bushro on Nov.24, 2008, under NOTA KULIAH

Sila klik untuk mendapatkan nota kuliah saya.

Nota Kuliah PGSR KDC 2008

57 Comments : more...

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!

Archives

All entries, chronologically...