LIMUNA

Aidiladha

by Bushro on Nov.26, 2009, under CATATAN

Hari ini 9 Zulhijjah. Umat Islam sedang berwukuf di Arafah. Saya berkesempatan meilhat secara life di TV petang tadi. Sempat juga mendengar khutbah Arafah. Teringat seerah semasa khutbah terakhir Rasullah di situ. Melihat gambar-gambar para hujjaj di Arafah, ingatanku kembali kepada nostalgia ibadat haji ku pada tahun 2004. Pada tahun itu, saya, suami, ibu dan bapa mertua mengerjakan haji dengan mengikuti rombongan Mitra Travel. Alhamdulillah, ibadat haji dapat ditunaikan dengan sempurna dengan dibantu oleh keluarga Mak cik saya yang tinggal di Mekah. Ini adalah kerana bapa mertuaku tidak dapat berjalan dengan lama. Beliau terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.
Peristiwa di Arafah mengingatkan kita bahawa kita semua adalah sama. Pada hari ini, semua manusia tidak mengira darjat, memakai pakaian yang sama. Bagi lelaki, ihram putih dengan kepala yang kosong. pada ketika ini, tiada lagi pangkat atau darjat. Yang memisahkan kita adalah takwa kepada Allah semata-mata.
Semasa mengerjakan ibadat umrah, tawaf, dan sai, kelihatan ribuan manusia sangat tekun mengerjakan ibadat masing-masing. Tiada rasa kebimbingan dan kegusaran di hati mereka. Hanya segelintir kelihatan pengawal keselamatan disana. Berbanding dengan acara-acara dunia ditempat lain, yang melihatkan ramainya pasukan pengawal keselamatan yang disediakan. Apakah implikasinya disini. Umat Islam Muslimin menyerahkan sepenuhnya pengharapan kepada Allah untuk memelihara keselamatan mereka. Mereka berserah secara total demi untuk mengabdikan diri pada Yang Maha Esa.
Setiap kali bila melihat gambar hujjah di Mekah, hati ku meronta-ronta untuk kesana lagi. InsyaAllah, tahun ini aku menanam azam untuk mengumpul duit untuk kesana lagi ……

No comments for this entry yet...

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!

Archives

All entries, chronologically...